BERITA TERKINI SMK TATAU

Logo Sekolah

logo sekolahWarna Kuning melambangkan ketaatan warga SMKT kepada Raja dan Negara serta Rukun Negara yang lainnya.

Warna Merah melambangkan keberanian dalam mengharungi cabaran dalam apa jua bidang sama ada akademik mahupun kokurikulum, begitulah semangat yang ada pada warga SMKT yang sudah pastinya sanggup menentang apa jua badai di hadapan mereka.

Warna Biru melambangkan warga SMKT sentiasa dikelilingi suasana keilmuan dan maklumat terkini.Warna ini juga melambangkan perpaduan atau bersatu dalam mencapai wawasan SMKT dalam menujuke alaf baru.

Warna Hijau Tua melambangkan keharmonian SMKT yang aman damai dikelilingi kawasan hutan yang menghijau dan segar, bersesuaian dengan kedudukannya di kawasan daerah luar bandar yang masih kaya dengan keunikan ciri-ciri Bumi Hijau.

Warna Putih melambangkan kebersihan hati dan keikhlasan jiwa dalam menimba ilmu.